topbella

...................................EllopS.......


Welcome to CoretCahaya, Coretan Kehidupanku...

I juz want to share some thoughts, experiences, great memories and muCh moRe.... :)

Friday, October 10, 2008






LIRIK KERANA KAU

Kerana kau ku masih di sini

Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu

Selangkah ku tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan di saat ini
Dimanakah dikau

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan cinta ini
Hanya satu permainan

Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras rupa yang sangat ku pinta
Ohh... ohh

Tapi hati yang dapat merasa
kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu


Thursday, October 9, 2008

DuGaAn...


Dugaan..

Seringkali ia datang dan pergi,
Dalam keasyikan alam dunia,
ia datang menggegarkan perasaan,
dan tika itu...
Segala pusat fikiran akan menggelupur,
mencari satu jalan,
Langkah penyelesaian...


Dugaan...
Meninggalkan kesan..
luka hati merintih,
berat fikirannya kacau,
langkah jasadnya longlai,
jiwanya kekosongan,
keluh kesah menemankan,
keimanan dicabar,
ketuhanan menyelamatkan...


Dugaan ..
Tidak kira apa jua dugaan..
Pasti ada yang terluka dan meluka,
Namun insan...
Mengapakah kau tegar benar,
Menambah ranjaunya hidup,
Menambah peritnya menempuh kehidupan..
Enak sungguh gelak ketawa di atas derita insan,
tanpa kau sedar,
hidup bagaikan roda,
Adakah kau terlepas dari mangsa dugaan?
Takkan pernah itu terjadi..
Di saat Dugaan mengejar,
terfikir dirimu kesalahan dahulu,
lantas membelit dirimu..
kerna apa?
Kerna dugaan tak pernah menunggu dan memilih bulu,
hanya tunggu waktu itu..
Alamilah ia seperti insan terdahulu..




-Siti Nor Ain-





Friday, September 26, 2008

26 September 2008

Da 3 hari berturut2 aku post and edit blog ni. nampak sangat mambuang masa hahha.. aku tgok blog aku ni sian kdg2 je aku jengok..yela sekarang sibuk..email boleh jadi beratus2 sebab berminggu tak tgok..terpaksalah spent st masa nak delete ape yg patut..

semalam aku baru masukkan visitors tu..saje poyo2..huhu..

slm ni tak nak amek tau ader orang bukak ke tak..skrg peduli sikit...je lah..hheheheh..
watever,,esok aku nak pulang.....

jaga bebaik member2ku yang pulang berhari raya....
jangan sampai baju raya kena samun dah ar...........kuikuikui

Nice gUrL


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Thursday, September 25, 2008

September 25

Hari ni sepatutnya aku wat kuih dgn Mek Su (classmateku), tapi disebabkan plan telah bertukar maka dengan itu tinggal daku mmbuat kuih yang sememangnya jd favoriteku...Mula2 aku mengadun semua barang yang ada. penat jgk coz pukul takguna mesin tapi handmade jelah..hehehhe. dengan perasaan was2 aku pun proceed dgn mencampur bahan setiap satu.. gambar kat bawah antara gambar yang ader. dalam 6 smthing barulah housemate ku muncul membantuku...Hidayah Harun N Haryati Mat Yasim... berposak lah 3 Dara ni kat Dapur, nasib baik lauk hari ni Beli kat Ikan Bakar Malim, tinggal masak nasi je... tapi berkat kesabaran dapat jugak menghabiskan semua adunan yang ader... then sempat jgk hantar kat jiran. kueh pun banyak lagi.. sedap gak hahahahha... kami makan jer hahhaha.....


yang ini adalah adunan telur,ovelat dan gula pasir.

yang ni adalah adunan sebelum ni yang ditambah dengan air pandan, warnaya akan menjadi kehijauan sedikit.


selepas semua sebati campurkan tepung, then pukul lagi sampai kembang..

then tambahkan esen hijau untuk naikkan warna hijau yang lebih berseri.

selepas semua adunan kembang, masukkan terlebih dahulu kelapa putih parut yang dah digaul sebati dengan tepung ubi and sedikit garam. akhirnya menjadilah kuih SERI AYU..

SEAYU KAMI YANG MEMBUATNYA...

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN



Wednesday, September 24, 2008

24 September 2008

malam ni..aku tinggal sorang....housemateku sume pi berbuka pose ngan classmates dieorang(BENC). sian aku huhu...takder saper teman makan....sob8. aku bosan sangat..Hari raya mendatang..terasa macam lonely jer..ntah..sejak jejak jer umur 20 tahun dah terasa lain ble rayer..seronok macm hilang sket.. sume orang macam tu ke? sekarang lagilah.. bulan syawal nanti (17 October 2008) genap umur 22thn.. ntah hape lg perasaan datang.. bukan terasa tua tapi macam terasa banyak bebanan yang akn ditanggung dan dihadapi tambahan lagi prempuan..aku sentiasa bersabar, tapi sebagai hamba-Nya yang lemah, kdg2 terbabas jugak...

siang tadi group aku present subjek Comm principles. Lega satu bebanan.. tak lah nak fikir lagi hal tu coz banyak lagi bende kena setel. besar tekanan kali ni...

Thursday, August 21, 2008




Pi kara0ke dgan Mbe,yang NyaNyi aKu soranG..

xaCi tul....



Tuesday, July 29, 2008

SusHi aRt

Orang jepun suka wat bende yang menarik perhatian umum..Sushi ni dorang design dalam pelbagai bentuk untuk menujukkan kekreatifan masing-masing disamping melariskan jualan mereka..
Ada SaPe-SapE yAnG nAk RaSa???











Ada saPe-saPe
yAng nAk guNe
LaPtOp eDiSi teRbArU?

present VHDL



Ini adalah trainer yang kami guna masa present VHDL.
Programming untuk assignment ni pun dah tak ingat dah
Tapi membantulah dalam memahami VHDL MASA TU...

Sunday, July 27, 2008

MerDeKa!!!



Gambar ni kalau tak silap masa sambutan kemerdekaan kat mitc tahun lepas..
waktu tu mane ade orang lalu kat depan...Confirm...
Tak diedit gak...
my finger???hahah! bukan jugak..
Aper agaknya tu?

Friday, July 25, 2008

YoU, Me anD EvRytHing

Fasilitator Kem Jati Diri 2008


Gambar ni diambil masa kem jati diri kat Kolej Matrikulasi Melaka sem lepas. Boleh tahan jugak ramai student UTeM yang pergi jadi fasi. Students sane ok,and tak kurang macam-macam ragam yang kitorang tengok. Hal yang paling ketara bile ceramah seats banyak kosong tapi bile time LDK and games punyalah penuh especially masa dah nak balik kitorang nak balik. Ramai ler adik-adik yang setia menunggu and join sekali masa tarian Poco-Poco,rupa-rupanya dah jadi trademark dorang..




Video nie menunjukkan aktiviti selingan dengan pelajar Sains Fizikal Sahaja....video yang lagi bagus kualitinya dah corrupted...Sori..


KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
KMM

Thursday, July 24, 2008

BeZA

Antara aku, kau dan mereka,
Apa yang membezakan kita?
pengalaman?
kehidupan?
kelulusan?
Harta?
Ataupun usia yang makin menginjak??

Itu semua hanyalah satu kayu pengukur manusia....
yang pastinya...
aku, kau dan mereka
adalah insan biasa,
yang telah ditentukan salasilahnya
dan keterusannya..
yang membezakan kita hanya di mata-Nya....

Wednesday, July 23, 2008

Renungan

Kau pejam mata,
lalu kau buka semula,
adakah ia sama,
tertera sebuah ceritera,
yang menggamit pelbagai kisah,
menggegar sejuta rasa,
Namun disebalik kisahmu itu..
terselit sebuah perjalanan
yang menjanjikan sebuah pengakhiran.
Andaikata pernah kau renungi,
pernah kau kesali,
sedarlah itu semua langkah berantai satu,
setiap penyambung dari kisah yang lalu....

My Photo
cAhaYa
Melaka, Malaysia
Cahaya ada Impian,Harapan,Pendirian,& juga cinta yang menghiasi hidup.Jadilah yg terindah dalam hidupku
View my complete profile